Sunday, May 9, 2010

Menipu untuk makan...

Geram betol ngan orang yang suka menipu atau suka ceritakan kisah sedih
untuk meraih simpati. Supaya orang kesian then boleh tolong engkau yang tengah lapar.

Adui la.. Saya bab makan ni, memang tak kedekut.Memang saya suka belanja orang makan.Siapa yang kenal saya, yang berkawan dengan saya.Dorang mesti tau..saya suka belanja kawan2, famly makan.Setakat makan2 , tade hal la. Engaku happy , saya happy dua kali ganda.Nak belanja kereta ke, kapalterbang ke mana mampu kan. :P~

Kadang2 kat office, waktu breakfast saya selalu juga beli nasi lemak atau meehun goreng lebih sebungkus dua, letak kat pantry.Sape nak makan, amik la.Kadang saya makan sorang. Tade geng. So ada extra sapa-2 masuk pantry leh la join skali.

Tapi ada orang dah ambil kesempatan la pulak.Agaknya dia tengok saya ni pemurah kot. Bagi makan kat orang.Dia pon amik kesempatan..

Sebelum ni Brad Pitt da terkena.. Kakak HR yang konon suka sangat dengan bdk ni, baik berbudi bahasa konon.. pon terkena juga.

Dan saya akhirnya terkena dua minggu lepas.Dia ikut saya pergi lunch.Saya nak makan nasi lauk kampung.Dia pon sama katanyaaaa.So nak otw ke rest lauk kampung.Lalu depan KFC.Terus dia tarik tangan saya.

Dia : Kak, akak taknak makan KFC ke?
Saya :Ermm.. boleh jugak..jom lah.

So masuk KFC.

Dia : Kak , akak nak oder apa? Kak, amik la yang set tiga ketul tu.Kita tapau la. Makan kat office.

Saya : Ermm.. taknak lah. Banyak sangat. Tak abes. Dua sudah..
Dia : Ermmm, kak saya tade duit ni nak makan. Kalau amik tiga ketul. Akak bagi saya seketul.
Saya : .....
Dia : Tak pon camni... saya pinjam duit akak dulu. Esok saya bayar ok?
Saya : ...... ermmm.. ok lah.

Saya terpikir, terkejut..tergamam.. pening kepala lak tiba-2 mcm ni..So, Saya pon oder.Apa nak makan. Dia pon..

.... dan sampai hari ni, Saya tak dapat lagi duit KFC yang dia makan tu. Janji satu hari nak bayar.. Ni dah dua minggu. :)

Jumaat baru ni pulak..Dia follow je saya gi pantry,gi toilet, duduk balik tempat saya,then saya bgn balik gi pantry amik air. Saya tau dia nak sesuatu..Tiba-2 dia ajak saya gi makan.
Siap request lagi.

Dia : Kak , jom kita pergi makan. Makan Pizza Hut. Kita berdua je tau.
Saya : Hah,, taknak la. Tak suka pizza hut. Lambat la servis dorang.
Dia : Ala jom la. teringin nak makan. Akak mkn la menda lain. Tayah amik pizza tu.
Saya : Engko pergi la, akak kenyang lagi.

Terus saya gi balik tempat saya.Letak air. Saya turun bawah. Pergi bank.Saya kuar bank.. tengok dia sengih-2 kat saya,Uishh budak ni..sampai ke bawah dia ikut haku.

Dia tarik tangan saya pergi pizza hut.Saya tekejut dia buat camtu.Sampai pizza .. pizza penuh. Bagus.Terus saya cakap. hah ko pegi la masuk.. Sampai abis rehat pon ko x dapat lagi pizza.Pizza Hut kat sini memang servis lembab mcm siput.Ye lah yg keja kat situ sme siput..Hahaha..

Saya terus jalan.. dia still follow saya.Tanya saya nak makan kat mana.Dia suggest lak, nak makan KFC.Saya buat tak tahu..Saya terus masuk Subway.Tau dia tak makan subway.
Saya terus order, bayar dan balik ofis.

Rimas betol.Kalau tade duit buat la cara takde duit.Cakap elok2, kau tade duit. Lapar , nak makan.Saya boleh belanja.Tapi jangan la buat perangai mcm ni.Tade duit.. tapi selera besar.Boleh pulak teringin nak makan pizza.Then nak kene kan orang..

Saya makan kat pantry dengan kakak2 HR.Dah nak habis saya makan. Last bite..Sekali dia boleh tahan tangan saya dr belakang.Terus dia tarik subway saya. Kak nak rasa ni sedap tak. Bukan saya je yg terkejut, kakak2 HR tu pon .

Memang saya sound direct kat dia.Biadab betol perangai engko ni.Kalau ye pon , jangan lah rampas makanan yang nak masuk dlm mulut orang.Dia boleh sengih2. Buat bodoh. Memang mcm perangai mcm Be***a *^&^%%* btol.

Haihh, tolong la jangan buat perangai mcm ni.Nak makan pon takde duit katanya..
Tapi beli Rokok 20 batang sekotak. Ada duit. Hari-2 pergi beli kat 7E dpn office tu boleh. Bila dapat gaji, esok mesti pakai kasut nike, adidas latest edition, baju , seluar ikut trend. 3 gaji hari duit habis . Ini dia yang cerita dan tunjuk kat kitaorang..Nak makan?
Kena menipu untuk makan. Makan nak mahal-2 je. Makan banyak. Badan kurus kering.. tak berkat.. sebab menipu. zat makanan dia jadi najis semata-2.. hurmmm.. Macam2 ragam manusia ni.. Bard Pitt mula-2 kesian dgr cerita dia, siap top-up kan hp budak ni lagi...Hati-2 lepas ni.

No comments:

Post a Comment